Thursday 26 September 2013

RANCANGAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN DAN KATERING

RINGKASAN EKSEKUTIF


TOWKEY ENTERPRISE atau lebih dikenali sebagai TOWKEY GROUP merupakan sebuah syarikat yang diusahakan oleh seorang anak muda yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan. Namun, TOWKEY GROUP telah menjalan pelbagai sektor perniagaan di Malaysia. Antara sektor perniagaan yang telah diceburi adalah kejuruteraan, perkhidmatan, dan pembekalan. Dan sekarang, TOWKEY GROUP sedang mengusahakan satu lagi cabang perniagaan baru iaitu perusahaan dalam sektor makanan dan penternakan.

Ingin menceburi dalam sektor industri makanan, berikut adalah perancangannya:-

1.       Kantin/kafe

2.       Kios/booth

3.       Pasar/gerai

4.       Katering

5.       Pemprosesan makanan

Kini, TOWKEY GROUP telah berjaya membuka kantin, kios dan gerai. Dan sekarang kami ingin berkembang lebih jauh dengan menceburkan diri dalam bidang katering.

Pengurusan pentadbiran dan operasi yang dipimpin oleh Ahmad Fahmi bin Mohd Ariff, perkhidmatan katering yang kami tawarkan lebih kepada konsep untuk membantu kepada golongan pertengahan dan bawahan untuk menjalankan majlis dengan kadar harga yang jauh lebih murah. Semua sedia maklum bahawa perkhidmatan katering yang ditawarkan oleh syarikat lain agak sedikit mahal. Jadi golongan penduduk luar bandar atau kurang berkemampuan tidak akan memilih syarikat katering tersebut disebabkan kurang berkemampuan untuk mambayarnya.

Dengan bermodalkan RM100,000 hasil titik peluh pengarah urusan syarikat TOWKEY GROUP dan kekuatan pemasaran yang ada kami ingin menawarkan perkhidmatan yang dapat memuaskan hati pelanggan serta dapat memenuhi citarasa masakan dan makanan masyarakat yang berbilang kaum. Dan seterusnya nama TOWKEY GROUP akan terus berkembang dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.



TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

 

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan ialah untuk memberi penerangan mengenai perniagaan yang akan kami ceburi. Rancangan perniagaan kami merangkumi dari aspek pengurusan pentadbiran, pemasaran, perancangan operasi dan perancangan kewangan.

TOWKEY GROUP telah menggariskan pelbagai tujuan untuk merialisasikan target dalam mencapai segala yang diperlukan.  Antaranya tujuannya ialah :

-          Memohon geran pembiayaan kewangan daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM 100,000.00 (Seratus Ribu Ringgit sahaja).

-          Untuk mengembangkan perniagaan Towkey Group supaya dikenali di seluruh Malaysia.

-          Untuk membuka  cawangan baru.

-          Untuk membantu peniaga runcit kecil – kecilan bersama-sama dalam memperkembangkan Towkey Group.

-          Untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana merasai masakan yang mempunyai rasa yang sama tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.

-          Supaya dapat mencipta inovasi tentang menu masakan dan memenuhi keperluan dan citarasa dalam industri makanan.



LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan
:
Towkey Enterprise/Towkey Group
Alamat Perniagaan
:
No. 62a, Batu 12 ½, Lorong Tok Susu Off Cheras
43000 Kajang Selangor
Alamat Surat Menyurat
:
No. 62a, Batu 12 ½, Lorong Tok Susu Off Cheras
43000 Kajang Selangor
No. Telefon
:
017 6964323 / 019 6219664
Bentuk Perniagaan
:
Persendirian
Kegiatan Utama
:
Menawarkan perkhidmatan katering
Tarikh Memulakan Perniagaan
:
15 Oktober 1994
Nombor Pendaftaran
:
000989300 - U
Modal Permulaan
:
RM 100,000
Nama Bank
:
Bank Islam
Cimb
Maybank


LATAR BELAKANG PEMILIK


Nama penuh

:

Ahmad Fahmi Bin Mohd Ariff

No. kad pengenalan

:

900824 – 43 - 5191

Umur

:

23 Tahun

Tarikh lahir

:

24/8/1990

Jantina

:

Lelaki

Alamat tetap

:

No 8 Jalan 3 Taman Tenaga Off Jalan Reko 43000

Kajang Selangor

No. telefon

:

017 6964323 / 019 6219664

Taraf perkahwinan

:

Bujang

Kelulusan akademik

:

Sijil Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan

Kursus yang pernah dihadiri

:

Kurusus Keusahawanan Mara

Kursus Masakan Katering

Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Industri

Kursus Inkubator Mara

Kemahiran

:

Mentadbir Dan Menguruskan Perniagaan

Pengalaman

:

Penyelia Bahagian Makanan Di Usim

Mengendalikan Perniagaan Towkey Group

Memberi Ceramah Keusahawanan

Pekerjaan sekarang

:

Pengurus Towkey Group (industri makanan)

Perniagaan lain yang pernah diceburi

:

Consultant Engeneering

Menguruskan Perniagaan Di Pasar Malam dan Gerai






VISI DAN MISI TOWKEY GROUP

VISI

Memperkembangkan nama Towkey Enterprise/Towkey Group dalam bidang industri makanan halal dengan harga yang kompetitif.

MISI

-          Membekalkan makanan yang termurah dan berkualiti di Malaysia.

-          Membantu peniaga mikro bumiputra.

-          Membuka cawangan di seluruh Malaysia.

-          Memenuhi permintaan dan keperluan pada golongan pertengahan dan bawahan untuk mendapatkan perkhidmatan katering.

-          Membuka peluang pekerjaan dan membantu pelajar lepasan universiti menceburi bidang perniagaan.

-          Menghasilkan pelbagai inovasi yang terbaik dalam bidang makanan.

-          Membawa produk makanan Malaysia ke antarabangsa.


LOKASI  PERNIAGAAN

3.4.1      LOKASI

Perniagaan ini telah beroperasi di No. 62A, Batu 12 ½, Lorong Tok Susu Off Jalan Cheras, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan.

3.4.2      PELAN PERNIAGAAN INI BEROPERASI

 

 

 

 


 

 

 

3.4.3      MAKLUMAT PREMIS


Gambar diatas merupakan pandangan dari atas terhadap tempat operasi untuk menjalankan aktiviti memasak dan pemprosesan makanan.

 


Gambar di atas ditunjukkan secara 3D

 


Gambar diatas merupakan tempat operasi untuk menjalankan perkhidmatan katering.



STRUKTUR ORGANISASI

4.1.1      CARTA  ORGANISASI


 

 

 

 

 

 

 

 

4.2          SENARAI JAWATAN, BILANGAN DAN TANGGUNGJAWAB


NO

JAWATAN

BIL

TANGGUNGJAWAB

1.

Pengarah urusan

1

Menguruskan hal ehwal perniagaan secara keseluruhan.

 

Memastikan segala urusan perniagaan dijalankan dengan baik dan lancar.

 

2.

Pengurus Pentadbiran

1

Mencatat dan merekod dan mendokumentasikan segala transaksi urusniaga.

 

Menyediakan invois, menerima dan membayar perbelanjaan operasi serta mengeluarkan resit dan menunaikan cek.

 

Menjalankan tugas – tugas pengurusan yang lain.

 

Bertindak sebagai penerima tempahan dan berurusan dengan pelanggan.

 

3.

Pengurus Pemasaran

1

Memasarkan perkhidmatan dan produk yang dijual. Membuat flyers untuk diedarkan kepada orang ramai bagi menarik minat untuk orang ramai membuat tempahan katering kepada kami

 

Mencari pasaran baru di kawasan yang berpontensi tinggi untuk memasarkan produk ataupun perkhidmatan. Contohnya kawasan yang majoriti yang berpendapatan sederhana, syarikat – syarikat swasta dan badan kerajaan.

 

Bertanggungjawab merancang kaedah dan promosi yang akan dilakukan bagi memastikan nama Towkey Group dapat dikembangkan.

 

Menjalankan tugas – tugas pengurusan juga.

 

4.

Pengurus Operasi Pengeluaran

1

Memastikan operasi restoran berjalan lancar.

 

Membantu pengurus dalam memantau pekerja – pekerja operasi terutama tentang kehadiran pekerja di bahagian operasi dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

 




IMBUHAN BALAS JASA DAN INSENTIF PEKERJA

Berikut merupakan gaji / upah yang diberikan kepada semua kakitangan Towkey Group dalam jadual dibawah.


JAWATAN

GAJI / UPAH (RM)

KWSP 12%

PERKESO 2% (RM)

JUMLAH (RM)

(RM)

Pengarah Urusan

2,500

300

50

2,850

Pengurus pentadbiran

1,800

216

36

2,052

Pengurus pemasaran

1,800

216

36

2,052

Pengurus operasi pengeluaran

1,800

216

36

2,052

Juruwang

1,200

144

24

1,368

Ketua tukang masak

1,500

180

30

1,710

Tukang masak 1

1,200

144

24

1,368

Tukang masak 2

1,200

144

24

1,368

Tukang masak 3

1,200

144

24

1,368

Pembantu dapur (6 Orang)

5,400

648

108

6,156

Pelayan (10 Orang)

5,400

648

108

6,156

JUMLAH

25,000

3,000

500

28,500

 
LAIN – LAIN KEMUDAHAN
1)      2 x TV 42 inci dan Astro
2)      Wifi
3)      Tandas
4)      Surau
 
4.5          SENARAI PERABOT DAN KELENGKAPAN PEJABAT

BIL

ITEM

BILANGAN

KOS (RM)

1

Komputer riba

1

1,800

2

Komputer PC

1

1,800

3

Kerusi

4

400

4

Meja

4

472

5

Printer

1

150

6

Kabinet fail

1

200

7

2 x TV 42 inci dan Astro

2

2,000

8

Wifi

1

150

JUMLAH

6,972
 
BELANJAWAN PENTADBIRAN

BIL

PERKARA

PERKARA PERBELANJAAN ASET TETAP (RM)

PERBELANJAAN BULANAN (RM)

LAIN - LAIN PERBELANJAAN  (RM)

1

Perbelanjaan Aset Tetap:

Perabot & Kelengkapan pejabat

6,972

2

Perbelanjaan Bulanan

- Gaji

6,100

- KWSP

732

- PERKESO

122

- Bil Air Dan Elektrik

800

- Telefon

200

3

Lain - Lain Perbelanjaan

- Insurans

500

- Alatan  Pejabat

100

JUMLAH

6,972

7,954

500
 
 
SASARAN DAN SAIZ PASARAN
                       I.            CIRI-CIRI UMUM PERKHIDMATAN
·         Towkey Group menawarkan perkhidmatan katering bagi majlis – majlis luar seperti hari perayaan, kenduri kendara, majlis-majlis keraian dan majlis–majlis rasmi badan kerajaan dan NGO. Kami menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu, Cina, India, Western, Thai dan sebagainya. Hidangan yang ditawarkan dapat menepati kehendak dan citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
 
·         Kami juga menawarkan perkhidmatan sewaan alatan seperti khemah, dewan, kerusi meja dan lain-lain. Perkhidmatan ini dijangka dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna kerana kawasan sekitar bangi, kajang dan Kuala Lumpur merupakan kawasan Bandar yang sangat terhad dan kurang aktiviti kemasyarakatan seperti di kampung yang mempunyai peralatan mereka yang tersendiri untuk diberi pinjam kepada ahli masyarakat. Justeru, ini memaksa mereka yang berada di kawasan bandar untuk mencari kawasan lain dan sewa peralatan untuk mengadakan majlis contohnya majlis perkahwinan serta kenduri.
 
·         Harga yang kami tawarkan merupakan antara harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran bagi membolehkan para tetamu kepada pelanggan kami dapat menikmati layanan serta hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan. Ini menepati salah satu misi kami iaitu ingin memenuhi permintaan dan keperluan golongan pertengahan dan bawahan untuk mendapatkan perkhidmatan katering yang sedap dan murah.
 
·         Perniagaan ini fokus kepada aneka jenis jamuan dan majlis, maka senarai harga dibuat secara pakej. Pelanggan akan diberikan pelbagai pakej dan menu. Pakej yang disediakan dijangka akan terus menjadi tarikan kerana harganya yang berpatutan dengan hidangan yang sedap.
 
 
 
                     II.            PASARAN AM
Perniagaan ini mensasarkan perkhidmatan kepada keseluruhan penduduk yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, Kajang, Bangi dan lain-lain. Kami juga turut mensasarkn perkhidmatan kepada badan-badan khas seperti badan kerajaan, swasta dan IPT-IPT dan sebagainya. Pakej perkhidmatan sewaan alatan serta dewan adalah untuk menarik pelanggan yang tiada lokasi untuk mengadakan majlis mereka. Biasanya pakej ini akan dipilih untuk tujuan majlis perkahwinan dan majlis rasmi badan kerajaan dan swasta. Pakej ini ditawarkan kerana sasaran pelanggan kami yang kebanyakannya mempunyai kawasan yang terhad untuk mengadakan majlis di kawasan rumah mereka.
 
                   III.            SASARAN PASARAN
Towkey Group membahagikan tiga jenis fokus pasaran. Ketiga-tiga jenis pasaran ini akan diuruskan mengunakan pendekatan dan strategi pasaran yang berbeza. Jika dapat dilihat, kebanyakkan pelanggan kami mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin memaksimumkan kepuasan pihak ketiga maksudnya tetamu atau pelanggan mereka. Apa yang membezakan ketiga-tiga jenis pasaran ini ialah jenis kumpulan sasaran dan juga perkhidmatan yang bakal diberikan.  Pakej istimewa yang berbeza akan ditawarkan bagi setiap majlis.
 
1)      Majlis Rasmi :
·         Majlis rasmi kebiasaannya amat mementingkan protokol majlis. Contoh majlis rasmi makan malam, majlis pelancaran/perasmian, majlis keraian dan sebagainya.
·         Aspek kekemasan pelayan, kebersihan, protokol dan sebagainya amat penting. Pelayan yang digunakan telah diberikan tunjuk ajar dalam protokol majlis.
·         Kumpulan sasaran  bagi majlis rasmi ialah badan kerajaan, NGO dan pelajar institusi pengajian berhampiran seperti UniKL, MIAT, Institut Perguruan Islam, Kolej Poly-Tech Mara, UNITEN, UPM, UKM dan lain-lain.
 
 
 
 
 
 
2)      Majlis perkahwinan / Kenduri kendara
·         Sasaran bagi majlis ini lebih meluas kepada penduduk. Sasaran kumpulan ini lebih fokus kepada penduduk Bandar di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Kajang kerana kebanyakan penduduk di sekitar mempunyai pendapatan yang sederhana sahaja.
·         Kami menyediakan pakej hidangan buffet dengan pelbagai lauk serta perkhidmatan sewaan alatan, sewaan dewan  dan perkhidmatan fotoshoot.
·         Kami juga bekerjasama dengan butik pakaian pengantin, jurugambar serta perkhidmatan andaman yang bergerak secara kecil - kecilan untuk memenuhi pakej perkahwinan pelanggan kami. Ini dapat memudahkan urusan pelanggan kami dalam menguruskan perkahwinan mereka disamping dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang lain berkembang. Ini juga merupakan salah satu misi kami dalam membantu peniaga bumiputra.
 
3)      Katering Harian
·         Katering harian adalah hidangan yang dibekalkan kepada mereka setiap hari. Contoh pelanggan bagi katering harian ini seperti kantin sekolah, kantin kilang dan kedai makanan yang menyediakan makanan dalam bentuk “buffet”.
·         Kumpulan sasaran bagi katering harian ialah kawasan perindustrian Bangi, Sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Kajang dan sebagainya.
·         Bagi kumpulan sasaran ini kami lebih fokus kepada pakej menu yang berpatutan.
 
                         IV.         STRATEGI PASARAN
·         Meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menjalankan perkhidmatan yang lebih profesional.
·         Menawarkan pakej – pakej yang menarik serta harga promosi terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah.
·         Memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
·         Mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
·         Menjalankan konsep “Pelanggan Akan Bawa Pelanggan”. Jika kami memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada mereka pasti suatu hari nanti mereka akan mencadangkan perkhidmatan kami kepada rakan-rakan, saudara-mara atau jiran-jiran mereka. Konsep ini merupakan salah satu strategi promosi secara tidak langsung.
·         Menyediakan tenaga kerja yang mahir dan pakar dalam protokol majlis.
·         Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan.
·         Memberi jaminan kualiti peralatan dan perkhidmatan.
Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti di atas, Towkey Group dijangkakan akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan serta dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan profesional.
 
                     V.            SAIZ PASARAN
·         Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh dari tempahan katering oleh penduduk tempatan :
Tempahan Penduduk
Jumlah Penduduk Bangi & Kajang : 98,717 orang
Bilangan rumah                                  : 98,717 /5 (diandaikan sebuah rumah 5 orang penghuni)
   = 19,743 buah rumah.
Diandaikan bulan pertama beroperasi 10% daripada saiz pasaran akan menggunakan perkhidmatan katering sekurang-kurangnya sekali setahun dengan jumlah tempahan untuk 100 orang pada harga RM5.00/orang, maka jumlah pasaran:
10% x 19,743 x 100 orang x RM5.00
= RM987,150.00/tahun
= RM82,263/bulan
 
                   VI.            PESAING

BIL

SENARAI PERNIAGAAN & ALAMAT

PERKHIDMATAN & PRODUK DITAWARKAN

1.        

Village View

Restoran & Katering

2.

Langat Catering

Katering

3.

Santai Corner

Restoran & Katering
 
 
 
5.2          ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN PESAING

NAMA PESAING

KEKUATAN

KELEMAHAN

Village View

Telah bertapak lebih 5 tahun

Mempunyai saiz pasaran yang besar di Bandar Baru Bangi

Menawarkan harga perkhidmatan yang tinggi kepada pelanggan

Langat Catering

Menawarkan pelbagai perkidmatan katering kepada pelanggan

Mempunyai saiz pasaran yang besar di Bandar Baru Bangi dan juga Kajang

Lokasi yang strategik  beroperasi di Taman Tenaga.

Menu masakan yang kurang menepati citarasa penduduk yang berbilang kaum

Sudah lama berkecimpung tapi tiada cawangan

Santai Corner

Mempunyai Pekerja yang mencukupi

Menawarkan pelbagai perkidmatan katering kepada pelanggan

Mempunyai pelanggan tetap

Mempunyai harga menu yang berpatutan

Tiada pekerja terlatih
4P’s (PENGIKLANAN, PROMOSI, HARGA DAN LOKASI)
                       I.            PENGIKLANAN
·         Melancarkan Laman Web Perniagaan (http://mrfoodcatering.webs.com/ ), Facebook Page dan Twitter.
·         Mengedarkan pamphlet kepada penduduk sekitar Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur.
·         Menampal poster di sekitar Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur.
·         Memasang banting di kawasan sekitar bagi memperkenalkan perniagaan katering baru.
·         Mengadakan promosi pembukaan di suatu tempat yang strategik untuk memperkenalkan dan pada masa yang sama mengedarkan pamphlet kepada bakal pelanggan.
·         Mengikuti karnival –karnival dan aktiviti yang di anjurkan oleh badan swasta dan kerajaan.
 
                     II.            PROMOSI
·         Promosi pakej hidangan + perkhidmatan.
·         Promosi pada musim perayaan.
·         Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.  Strategi promosi secara tidak langsung iaitu konsep “Pelanggan Akan Membawa Pelanggan”.
·         Menyediakan pakej pelanggan ulangan. Pelanggan yang pernah melanggan akan diberikan potongan harga pada perkhidmatan akan datang.
·         Selain itu, kami juga membuat promosi semasa memberikan perkhidmatan contohnya meletakkan kad perniagaan di atas meja makan tetamu. Saiz kad mestilah menarik dilihat agar mudah untuk pelanggan membacanya.
·         Selain daripada itu, kerja sosial juga kami tidak lupakan. Setiap minggu kami akan mencari dan mengedarkan kupon kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan untuk merasai hidangan kami. Menyediakan 150 bungkus nasi untuk diedarkan dengan harga RM2 sahaja atau diberikan secara percuma bergantung kepada keadaan seseorang.
·         Dibawah merupakan contoh kupon yang akan diedarkan:-

TOWKEY GROUP

KATERING SERVICES – society responsible


 


 
                   III.            HARGA
·         Harga istimewa diberikan kepada setiap pelanggan.
·         Meletakkan harga hidangan pengenalan yang jauh lebih murah daripada harga biasa.
·         Meletakkan harga jualan yang rendah agar dapat menarik minat penduduk untuk menggunakan perkhidmatan sewaan.
·         Membuat kerjasama bersama agensi serta peniaga kecil-kecilan yang lain supaya dapat berkembang bersama. Contoh “Pakej Complete Kahwin” menawarkan Katering + Andaman + Fotoshoot.
 
                   IV.            LOKASI
·         Lokasi yang strategik bagi penduduk sekitar Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur
·         Merupakan laluan ke Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur.
·         Mudah untuk mengeluarkan barang produk untuk dihantar keluar atau ke tempat pelanggan.
 
5.4 Jadual dibawah menunjukkan belanja yang akan dilibatkan untuk mempromosikan perkhidmatan katering kami.

BIL

PERKARA

PERKARA PERBELANJAAN ASET TETAP (RM)

PERBELANJAAN BULANAN (RM)

LAIN - LAIN PERBELANJAAN  (RM)

1

Perbelanjaan aset tetap

 

 

 

 

 - Signboard

                         600

 

 

2

perbelanjaan bulanan

 

 

 

 

 - Flayers

 

                         200

 

3

Lain - Lain Perbelanjaan

 

 

 

 

 - Iklan Di Surat Khabar

 

 

                      1,000

 

 - Kad Nama

 

 

                         100

 

 - Banner

 

 

                         500

 

 - Promosi Pembukaan

 

 

                      2,000

 

JUMLAH

                         600

                         200

                      3,600
SENARAI KOS BAHAN MENTAH DAN NAMA PEMBEKAL (MINGGUAN)
Bahan mentah untuk operasi perniagaan terbahagi kepada 2 iaitu bahan mentah basah contohnya ikan, ayam dan sayur – sayuran dan bahan mentah kering contohnya susu, bawang dan rempah ratus. Bagi katering pula, bahan mentah kering akan dibeli secara pukal juga tidak kira sama ada tempahan dibuat atau tidak. Manakala bagi bahan mentah basah akan dibeli pada sebelum tarikh tempahan.
Berikut merupakan senarai bahan mentah kering dan basah.
BAHAN MENTAH
KUANTITI
HARGA SEUNIT / 1 KG (RM)
JUMLAH (RM)
BAHAN MENTAH KERING :
Beras Beryani
100 Kg
2.80
280.00
Beras Biasa
150 Kg
2.50
375.00
Bawang Besar
100 Kg
1.00
100.00
Bawang Kecil
20 Kg
3.00
60.00
Bawang Putih
30 Kg
4.00
120.00
Minyak Sapi Ghee
25 Tin
16.00
400.00
Halia
30 Kg
4.00
120.00
Minyak Masak
2 Tin Besar
45.00
90.00
Rempah Kari Ayam
5 Bungkus Besar
8.00
40.00
Rempah Kari Ayam
6 Bungkus Besar
8.00
48.00
Rempah Kurma
3 Kg
8.00
24.00
Cili Kering
12 Kg
8.00
96.00
Garam
12 Bungkus
0.50
6.00
Cili Sos
10 Botol
3.00
30.00
Tomato Sos
10 Botol
2.70
27.00
Kicap
10 Botol
3.00
30.00
Asam Jawa
6 Kampit
1.50
9.00
Ubi Kentang
50 Kg
1.50
75.00
Cuka
5 Botol
1.20
6.00
Bihun
30 Bungkus
1.50
45.00
Kulit Kayu Manis
2 Kg
8.00
16.00
Bunga Lawang
2 Kg
10.00
20.00
Buah Pelaga
2 Kg
10.00
20.00
Bunga Cengkih
1 Kg
15.00
15.00
Gula
50 Kg
1.50
75.00
Sirap
20 Botol
1.50
30.00
Serbuk Jintan Manis
1 Kg
15.00
15.00
Serbuk Jintan Putih
1 Kg
15.00
15.00
Serbuk Ketumbar
1 Kg
15.00
15.00
 
Serbuk Kunyit
2 Kg
5.00
10.00
Ikan Bilis
5 Kg
15.00
75.00
Asam Keping
2 Kg
4.50
9.00
Belacan
2 Kg
4.50
9.00
Bawang Goreng
2 Kg
1.00
2.00
Kertas Tisu
100 Kotak
2.00
200.00
Kacang Tanah
10 Kg
4.00
40.00
Bahan Mentah Basah
Ayam
100 Kg
5.00
500.00
Ikan
50 Kg
20.00
1000.00
Daging
30 Kg
10.00
300.00
JUMLAH
4,333.00
 

35 comments:

  1. assalamualaikum , izinkan saya ambl ini sebagai contoh untuk assigment saya ye :) terima kasih

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum, minta izin untuk saya ambil ni sebagai reference assignment. Terima kasih sebab berkongsi ilmui ini.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum, izinkan saya untk amik ni sebagai reference perniagaan yg akan saya buat taklama lagi. terima kasih sbb sudi kongsi ilmu

    ReplyDelete
  4. salam..minta izin ambil sebagai rujukan assignment.. TQ

    ReplyDelete
  5. assalam minta izin untuk ambik ini sebagai rujukan untuk menyiapkan assignment.tq

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Izinkan saya utk mengambil ini sbgai rujukan assignment sy

    ReplyDelete
  7. IZINKAN SAYA UTK AMBIL INI SBGAI CTH KERJA KURSUS SPM SAYA....TQ

    ReplyDelete
  8. izinkan saya utuk ambil ini sebagai rujukan assignment saya

    ReplyDelete

  9. izinkan saya utuk ambil ini sebagai rujukan business proposal saya

    ReplyDelete
  10. izinkan saya ambil sebagai rujukan assignment saya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..saya minta izin nak ambil artikal anda sebagai rujukan assignment saya..tq

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, mohon sy amik bagi rujukan sy membuat paperwork business sy

    ReplyDelete
  13. izinkan sy amik untuk dibuat rujukan ye

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum, mohon izin ambil sbg rujukan. terima kaasih.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, mohon izin ambil sebagai rujukan saya membuat assingment

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, info yg bagus..sy mohon izin ambil sbg rujukan thx

    ReplyDelete
  17. izinkan sy amik untuk dibuat rujukan ye

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum, mohon izin ambil sbg rujukan. terima kaasih

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum, mohon izin ambil sbg rujukan. terima kaasih

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, info yg bagus..sy mohon izin ambil sbg rujukan thx

    ReplyDelete
  21. Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
    Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
    Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
    Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
    JENIS PINJAMAN KAMI
    Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

    Data pemohon:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Kerja:
    6) Nombor telefon:
    7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    8 Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Tempoh pinjaman:
    11) Adakah anda memohon sebelum:
    12) Tarikh Lahir:
    Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
    {gloriasloancompany@gmail.com} atau
    WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
    Selamat sejahtera

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum. minta izin jadikan rujukan. terima kasih

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,minta izin untuk jadi rujukan ye,terima kasih.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum saya membuat rujukan dengan asgment anda.. mohon halalkan ilmu anda pd sy...tq

    ReplyDelete
  25. izinkan sy mengambil contoh ini utk rujukan sy..semoga Allah membalas jasa baik tuan.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum..izinkan saya copy RP ini utk rujukan..terima kasih

    ReplyDelete
  27. Mintak izin utk saya gunakan contoh ini sbg bussiness proposal sya ya..terima kasih

    ReplyDelete
  28. minta izin untuk dijadikan rujukan kerja kursus saya

    ReplyDelete
  29. Izinkan saya utk menjadikan rujukan kerja kursus saya.

    ReplyDelete
  30. IZINKAN SYA UTK MERUJUK DOKUMENTASI UTK KERTAS KERJA SAYA,,,

    ReplyDelete
  31. Minta izin untuk dy buat rujukan assgmnt sy ya

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum.. sy mintak izin nak tengok dan ambil sedikit pengetahuan untuk rujukan saya. terima kasih

    ReplyDelete
  33. Salam. Izinkan saya copy paste sikit je ya untuk folio syarikat saya

    ReplyDelete